Tuesday, October 10, 2017

Shell Stitch Bag

Satu hari, kawan saya tu, Melur, share link bag kait kat wall facebook saya. Boleh tahan ramai yang like. Aik, saya tak tau pulak ramai orang suka bag kait corak macam kulit kerang ni. Saya memang tak pernah buat. Tapi, saya cuba la ye, ada yang menyokong tu, tambah semangat dibuatnya.

Saya kait guna benang tempatan. Saya cari juga pattern online, memang ada banyak pattern shell bag, tapi tak ada yang bahagian bawah tu seperti yang saya nak. Bag ni ada base dia. Jadi, saya gunakan idea lebih kurang macam kait bakul juga. Bila bahagian base dia dah menjadi, baru naik jadi dinding.

Ni masa mula naik jadi dinding
Makin meninggi

Boleh tahan sakit jari juga la, sebab saya guna 2 benang kait sekaligus. 

Bertambah tinggi. Sedikit demi sedikit

Apa taknya, speed ala-ala siput. Buat waktu free je. 


Haa.. agak-agak aje lah. Duduk depan cermin, try konon bawak bag ni. Rasa-rasa dah cukup tinggi, tibalah masa nak attach handle bag.

Dah attach handle.

Sana sini juga mencari handle bag yang sesuai. Ada beli online, jenis kulit punya. Tapi rasanya, yang jenis ni lagi sesuai dengan bag yang saya tengah kait tu. Handle bag beli di daiso. D-Ring tu saya beli kat kedai barang jahit kat rumah saya je.


Gitulah rupanya bila dah siap. Macam kulit kerang kan.


Gambar dari sudut lain pulak. 😀


Saya jahit zip. Zip ini saya beli dari May May Shop. Ada kawan suggest beli situ. Ye, situ barang supply aksesori bag harga paling berpatutan, banding kedai-kedai online lain yang saya sempat survey.


Bahagian dalam bag, saya jahit lining guna kain cotton. Ada poket simple. 
Saya guna teknik lain masa saya jahit lining bag ni, tak seperti cara saya buat bag-bag kait saya yang lepas-lepas. Caranya lebih leceh la, tapi saya rasa, rupa dia lebih kemas la, banding hasil saya buat dulu-dulu. 


Yay! Ambil masa lebih kurang 2 minggu untuk siapkan bag ni. Jika kawan-kawan berminat untuk beli, sila singgah ke blogshop saya, kat sana saya ada cerita saiz dan harga dia ye.


https://yatiandstitch.blogspot.my/


Sekarang ni dah hujung-hujung sesi sekolah ni kan, Sulaiman hari tu, kena habiskan latihan buku aktiviti dia. Subjek Arab pulak tu. Buat homework kena duduk sebelah kita. Bertuah punya anak. Nasib ada google translate. Hehe..
Baiklah. Jumpa lagi ye. Terima kasih sudi singgah blog saya ni yang jarang di-update. Semoga hari anda semua ceria, sihat sejahtera, rezeki murah dan benda-benda yang baik-baik datang dalam hidup anda. Aminnn...

Monday, September 11, 2017

Crocheted Ripple Blanket

Alhamdulillah, akhirnya siap juga ripple blanket ni. 
Saya start buat pada 24 April 2017. Tu dia, lebih kurang 5 bulan jugak nak siap. Memang speed siput. 😀  Bagi projek besar, saya suka tulis detail dia, macam tarikh start projek, dan bila kita mengait, kita tambah kos benang yang kita guna, supaya senang kira harga kita nak jual.


Ni masa mula start kait. Saya guna benang tempatan. Jenis akrilik.


Gambar atas masa mula nak panjang. Mencabar buat projek saiz besar ni, sebab mudah bosan, pattern berulang. Tapi saya bawak merata-rata satu rumah, kadang depan tv, kadang dalam bilik, sebab pattern dia dah ingat.
Ada satu ketika, pernah rasa nak simpan je, buat projek lain. Tapi saya tak boleh buat banyak projek pada satu masa. (ye lah tu.. ). Sebenarnya, saya ada satu projek cross stitch belum siap. Tapi tu projek sendiri, jadi bila-bila masa saya boleh get back pada projek tu, takde dateline. Tips saya kalau rasa boring kait projek besar-besar ni, sumbat telinga dengan headphone, dengar lagu. Haaa... tangan jadi laju je mengait.  


Dah siap pun. Saiz dia 120cm panjang X 92cm lebar. Boleh buat alas sofa atau selimut.


Yay! Suka saya, dapat  siap projek besar. Selimut ripple ni, saya masukkan sebagai ready stock dalam kedai online saya. Jemput singgah ye, terima kasih.

 Good luck pada anak-anak dan kawan-kawan yang ada anak ambil UPSR. Semoga beroleh kejayaan hendaknya. Saya dah lepas sorang. Yang anak tengah tahun depan, sekali ngan yang sulung, PT3. Erkk...

Baiklah. Jumpa lagi... 😊

https://yatiandstitch.blogspot.my/



Tuesday, September 05, 2017

Misi WTD

WTD singkatan untuk Wang Tidak Dituntut. Korang mesti dah tahu yang kita boleh semak wang tak dituntut milik kita dari Jabatan Akauntan Negara. Wang tidak dituntut ni termasuklah dividen,insurans, wang dari akaun bank yang tidak aktif lebih 2 tahun, dan lain-lain lagi. Silalah google jika anda nak tahu lebih lanjut tentang wang tak dituntut ni. 
Jadi, pada satu hari bekerja pada cuti merdeka yang lepas, saya serta family saya berhajat untuk check wang tak dituntut ni, di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perak. Saya kan duduk kat Perak. Silalah google untuk tahu lokasi JANM di negeri masing-masing. Lokasinya di Ipoh. Rumah saya kat Manjung. Adalah lebih kurang 85 km plus plus. Saja, makan angin, jalan-jalan bawak anak sambil-sambil tu, kan.
Sampai kat ofis JANM, pukul 11 pagi lebih camtu, ramai sangat orang beratur. Rupanya bukan kami saje yek, nak check... belambak lagi orang nak check. Beratur sampai ke luar bangunan, tau. Ada kakitangan mereka yang cakap pakai microphone. Bagitau, nombor dah habis pada hari tersebut. Dia buka nombor sampai 300 sahaja. Sila datang semula pada hari bekerja yang lain. Ok.. begitulah ceritanya.
On the way balik ke kereta, ada sorang pakcik ni tegur suami, "Dapat nombor tak?". 
"Tak", cakap suami.
Dia cerita dia pun tak dapat. Dia sampai pukul 10 pagi. Dah 2 kali dah dia datang. Hari sebelumnya dia datang petang, memang tak dapat nombor. Datang pukul 10 pun tak dapat nombor. Hehe.. takde rezeki. Lain kalilah. Dia dan family dia dari Kuala Kangsor.
Itulah ceritanya. Misi nak check WTD tidak berjaya. Berita baiknya, JANM sedang bangunkan portal, supaya orang ramai boleh check online, mungkin tahun depan baru siap. Bagi kami ni, mungkin tunggu tahun depan kot. Boleh check online. Bagi kome orang Perak yang nak pergi Ipoh check sendiri, sila la keluor rumah awal-awal ye, takut tak dapat pulak nombor. Dah ler datang jauh-jauh.Takpe, takde tarikh akhir pun untuk kita check. Sekian laporan. Harap maklum. 😄

Friday, August 25, 2017

A Simple Life

Saya punya impian, satu hari nanti, saya nak menetap jauh dari orang. Dalam hutan ke, pinggir hutan ke, kat kampung ke, yang jauh dari kota. Sebenarnya, saya dah lama dah berhajat nak duduk dalam hutan. Suami saya selalu memperlekehkan impian saya ni, tau, sebab saya bila jumpa lipas pun dah jerit, suruh dia bunuh. 😁 Ala, orang nak bermanja je. Apa gunanya ada laki, kalau tak tolong kita, ye tak? Hehe... Berbalik kepada impian saya ni, waktu tu nanti, saya nak makan apa yang saya tanam. Sayur dan buah ke. Lepas tu, ternak ayam, turkey, dan kuda. 


Tunjuk sikit gambar bunga. Bunga ni asalnya dalam pasu, arwah mak saya tanam, tapi saya dah transfer dia  kat tanah. Kesian sebab dia duduk dalam pasu kecik je. Terus subur.  
Satu perangai saya ni, saya rasa serabut bila ramai orang. Ni ikut perangai arwah mak saya kot. Dia kan, kalau pi shopping complex yang buka pukul 10, pukul 9.30 dia dah duduk depan pintu shopping complex tu, tunggu bukak. 😀 Entah la. Korang perasan tak sekarang ni, kebanyakan orang dah hilang adab sopan, selfish dan ridiculous? Tengok je bila kita drive. Yang masuk lorong motor, potong belah kiri, potong dekat bonggol, bawak laju, ikut bontot orang dekat-dekat, parking tak betul, bila traffic light hijau tak jalan sebab tengok handphone, bila kita stop kat simpang tak jalan sebab ada kereta, dia marah kita pulak dan jegil biji mata macam nak makan kita, dan lain-lain lagi lah. Selain sikap orang, saya juga kurang gemor zaman duit adalah segala-galanya ni, saya lebih rasa nak slowdown. On day to day basis, duit adalah sangat penting, untuk bagi anak-anak makan dan belanja rumah. Suatu waktu ketika dulu, suami saya punya gaji cuma RM600 lebih sebulan. Waktu tu, everytime suami dapat gaji je, saya nangis. Sebab saya yang bayar bil-bil rumah through online banking. Tapi kuasa Allah kan, cukup makan waktu tu. Kalau tak berapa nak ada tu, kami pergi fishing. Dapat ikan, boleh buat lauk. Masa tu duduk kat Seri Iskandar. Anak kecik-kecik lagi. Walaupun cuma ada 50 ringgit dalam poket, saya buat nasi lemak ke, sandwich ke, bawak anak-anak mandi kat Ulu Kenas, enjoy giler! Tapi tu dulu, sebelum zaman GST. Korang pernah baca tak, yang ada satu masa bila kita masuk 40an, Tuhan sentuh hati kita, untuk bertaubat atau berubah ke arah kebaikan? Saya terasa-rasa macam tu lah, dalam tahun ni. Saya sedang mencuba ni. Susah betul nak istiqamah. Selalu kalah dengan hasutan setan.

   
Tunjuk gambar bunga lain pulak. Bunga raya kuning ni saya beli kat nursery bunga tepi jalan nak ke Lekio tu. Semut suka kat pokok ni. Siap duduk dalam bunga, boleh buat rumah pulak. Belakang pokok bunga raya tu, pokok kunyit. Saya bila rajin datang, saya siram air basuhan beras kat pokok-pokok ni. Selain tu, saya ada tanam pokok cili, dari cili-cili yang dah kering. Tapi kucing suka lepak dalam pasu pokok cili tu. Jadi, anak-anak pokok cili tu macam rebah, tak tegak. Bertuah betul. 
Itulah antara usaha saya, untuk impian saya ni. Cuba menanam pokok-pokok. Tapi pokok cili yang saya tanam yang tak berapa nak tegak kena timpa dek kucing tu, saya ada asingkan dan tanam dalam 3 pasu lain. Tiga-tiga anak pokok tu layu hari ni. Kena cuba lagi. 
Korang ada tak tengok cerita Living Free with Kimi Werner? Dia kat saluran National Geographic ada, kat Nat Geo People pun ada. Dokumentari tentang orang-orang yang hidup jauh dari orang, terasing. Macam impian saya ler. Ada satu episod tu, dia ada cerita tentang satu family ni, duduk di Lenggong, Perak, dalam hutan. Takde jalanraya bertar ke rumah, kena naik 4 wheel drive, dia bercucuk tanam, bela binatang macam ayam, lembu. Merata-rata la si Kimi Werner ni pergi, tempat sejuk, kat pulau, cari orang-orang yang hidup in isolation dan tinggal dengan dia orang dalam 2 minggu camtu. Suka tengok cerita macam ni. 😀 Itulah dia, cerita pasal impian saya. Biarlah anak-anak habis sekolah dulu, Insya-Allah, kalau ada rezeki. Apa pulak impian anda? Semoga kita diberi kekuatan untuk berusaha, mengejar impian kita. 
Jumpa lagi...   
https://yatiandstitch.blogspot.my/