Monday, September 11, 2017

Crocheted Ripple Blanket

Alhamdulillah, akhirnya siap juga ripple blanket ni. 
Saya start buat pada 24 April 2017. Tu dia, lebih kurang 5 bulan jugak nak siap. Memang speed siput. 😀  Bagi projek besar, saya suka tulis detail dia, macam tarikh start projek, dan bila kita mengait, kita tambah kos benang yang kita guna, supaya senang kira harga kita nak jual.


Ni masa mula start kait. Saya guna benang tempatan. Jenis akrilik.


Gambar atas masa mula nak panjang. Mencabar buat projek saiz besar ni, sebab mudah bosan, pattern berulang. Tapi saya bawak merata-rata satu rumah, kadang depan tv, kadang dalam bilik, sebab pattern dia dah ingat.
Ada satu ketika, pernah rasa nak simpan je, buat projek lain. Tapi saya tak boleh buat banyak projek pada satu masa. (ye lah tu.. ). Sebenarnya, saya ada satu projek cross stitch belum siap. Tapi tu projek sendiri, jadi bila-bila masa saya boleh get back pada projek tu, takde dateline. Tips saya kalau rasa boring kait projek besar-besar ni, sumbat telinga dengan headphone, dengar lagu. Haaa... tangan jadi laju je mengait.  


Dah siap pun. Saiz dia 120cm panjang X 92cm lebar. Boleh buat alas sofa atau selimut.


Yay! Suka saya, dapat  siap projek besar. Selimut ripple ni, saya masukkan sebagai ready stock dalam kedai online saya. Jemput singgah ye, terima kasih.

 Good luck pada anak-anak dan kawan-kawan yang ada anak ambil UPSR. Semoga beroleh kejayaan hendaknya. Saya dah lepas sorang. Yang anak tengah tahun depan, sekali ngan yang sulung, PT3. Erkk...

Baiklah. Jumpa lagi... 😊

https://yatiandstitch.blogspot.my/



Tuesday, September 05, 2017

Misi WTD

WTD singkatan untuk Wang Tidak Dituntut. Korang mesti dah tahu yang kita boleh semak wang tak dituntut milik kita dari Jabatan Akauntan Negara. Wang tidak dituntut ni termasuklah dividen,insurans, wang dari akaun bank yang tidak aktif lebih 2 tahun, dan lain-lain lagi. Silalah google jika anda nak tahu lebih lanjut tentang wang tak dituntut ni. 
Jadi, pada satu hari bekerja pada cuti merdeka yang lepas, saya serta family saya berhajat untuk check wang tak dituntut ni, di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perak. Saya kan duduk kat Perak. Silalah google untuk tahu lokasi JANM di negeri masing-masing. Lokasinya di Ipoh. Rumah saya kat Manjung. Adalah lebih kurang 85 km plus plus. Saja, makan angin, jalan-jalan bawak anak sambil-sambil tu, kan.
Sampai kat ofis JANM, pukul 11 pagi lebih camtu, ramai sangat orang beratur. Rupanya bukan kami saje yek, nak check... belambak lagi orang nak check. Beratur sampai ke luar bangunan, tau. Ada kakitangan mereka yang cakap pakai microphone. Bagitau, nombor dah habis pada hari tersebut. Dia buka nombor sampai 300 sahaja. Sila datang semula pada hari bekerja yang lain. Ok.. begitulah ceritanya.
On the way balik ke kereta, ada sorang pakcik ni tegur suami, "Dapat nombor tak?". 
"Tak", cakap suami.
Dia cerita dia pun tak dapat. Dia sampai pukul 10 pagi. Dah 2 kali dah dia datang. Hari sebelumnya dia datang petang, memang tak dapat nombor. Datang pukul 10 pun tak dapat nombor. Hehe.. takde rezeki. Lain kalilah. Dia dan family dia dari Kuala Kangsor.
Itulah ceritanya. Misi nak check WTD tidak berjaya. Berita baiknya, JANM sedang bangunkan portal, supaya orang ramai boleh check online, mungkin tahun depan baru siap. Bagi kami ni, mungkin tunggu tahun depan kot. Boleh check online. Bagi kome orang Perak yang nak pergi Ipoh check sendiri, sila la keluor rumah awal-awal ye, takut tak dapat pulak nombor. Dah ler datang jauh-jauh.Takpe, takde tarikh akhir pun untuk kita check. Sekian laporan. Harap maklum. 😄

Friday, August 25, 2017

A Simple Life

Saya punya impian, satu hari nanti, saya nak menetap jauh dari orang. Dalam hutan ke, pinggir hutan ke, kat kampung ke, yang jauh dari kota. Sebenarnya, saya dah lama dah berhajat nak duduk dalam hutan. Suami saya selalu memperlekehkan impian saya ni, tau, sebab saya bila jumpa lipas pun dah jerit, suruh dia bunuh. 😁 Ala, orang nak bermanja je. Apa gunanya ada laki, kalau tak tolong kita, ye tak? Hehe... Berbalik kepada impian saya ni, waktu tu nanti, saya nak makan apa yang saya tanam. Sayur dan buah ke. Lepas tu, ternak ayam, turkey, dan kuda. 


Tunjuk sikit gambar bunga. Bunga ni asalnya dalam pasu, arwah mak saya tanam, tapi saya dah transfer dia  kat tanah. Kesian sebab dia duduk dalam pasu kecik je. Terus subur.  
Satu perangai saya ni, saya rasa serabut bila ramai orang. Ni ikut perangai arwah mak saya kot. Dia kan, kalau pi shopping complex yang buka pukul 10, pukul 9.30 dia dah duduk depan pintu shopping complex tu, tunggu bukak. 😀 Entah la. Korang perasan tak sekarang ni, kebanyakan orang dah hilang adab sopan, selfish dan ridiculous? Tengok je bila kita drive. Yang masuk lorong motor, potong belah kiri, potong dekat bonggol, bawak laju, ikut bontot orang dekat-dekat, parking tak betul, bila traffic light hijau tak jalan sebab tengok handphone, bila kita stop kat simpang tak jalan sebab ada kereta, dia marah kita pulak dan jegil biji mata macam nak makan kita, dan lain-lain lagi lah. Selain sikap orang, saya juga kurang gemor zaman duit adalah segala-galanya ni, saya lebih rasa nak slowdown. On day to day basis, duit adalah sangat penting, untuk bagi anak-anak makan dan belanja rumah. Suatu waktu ketika dulu, suami saya punya gaji cuma RM600 lebih sebulan. Waktu tu, everytime suami dapat gaji je, saya nangis. Sebab saya yang bayar bil-bil rumah through online banking. Tapi kuasa Allah kan, cukup makan waktu tu. Kalau tak berapa nak ada tu, kami pergi fishing. Dapat ikan, boleh buat lauk. Masa tu duduk kat Seri Iskandar. Anak kecik-kecik lagi. Walaupun cuma ada 50 ringgit dalam poket, saya buat nasi lemak ke, sandwich ke, bawak anak-anak mandi kat Ulu Kenas, enjoy giler! Tapi tu dulu, sebelum zaman GST. Korang pernah baca tak, yang ada satu masa bila kita masuk 40an, Tuhan sentuh hati kita, untuk bertaubat atau berubah ke arah kebaikan? Saya terasa-rasa macam tu lah, dalam tahun ni. Saya sedang mencuba ni. Susah betul nak istiqamah. Selalu kalah dengan hasutan setan.

   
Tunjuk gambar bunga lain pulak. Bunga raya kuning ni saya beli kat nursery bunga tepi jalan nak ke Lekio tu. Semut suka kat pokok ni. Siap duduk dalam bunga, boleh buat rumah pulak. Belakang pokok bunga raya tu, pokok kunyit. Saya bila rajin datang, saya siram air basuhan beras kat pokok-pokok ni. Selain tu, saya ada tanam pokok cili, dari cili-cili yang dah kering. Tapi kucing suka lepak dalam pasu pokok cili tu. Jadi, anak-anak pokok cili tu macam rebah, tak tegak. Bertuah betul. 
Itulah antara usaha saya, untuk impian saya ni. Cuba menanam pokok-pokok. Tapi pokok cili yang saya tanam yang tak berapa nak tegak kena timpa dek kucing tu, saya ada asingkan dan tanam dalam 3 pasu lain. Tiga-tiga anak pokok tu layu hari ni. Kena cuba lagi. 
Korang ada tak tengok cerita Living Free with Kimi Werner? Dia kat saluran National Geographic ada, kat Nat Geo People pun ada. Dokumentari tentang orang-orang yang hidup jauh dari orang, terasing. Macam impian saya ler. Ada satu episod tu, dia ada cerita tentang satu family ni, duduk di Lenggong, Perak, dalam hutan. Takde jalanraya bertar ke rumah, kena naik 4 wheel drive, dia bercucuk tanam, bela binatang macam ayam, lembu. Merata-rata la si Kimi Werner ni pergi, tempat sejuk, kat pulau, cari orang-orang yang hidup in isolation dan tinggal dengan dia orang dalam 2 minggu camtu. Suka tengok cerita macam ni. 😀 Itulah dia, cerita pasal impian saya. Biarlah anak-anak habis sekolah dulu, Insya-Allah, kalau ada rezeki. Apa pulak impian anda? Semoga kita diberi kekuatan untuk berusaha, mengejar impian kita. 
Jumpa lagi...   
https://yatiandstitch.blogspot.my/

Wednesday, August 23, 2017

Restored

Hi, hi.. hello everybody... Assalamualaikum...
Saya delete blog ni. Sebab saya rasa, saya dah tak mampu nak maintain. Saya cuba, tapi banyaknya kerja kena buat kat rumah ni. Kadang, saya tak sempat online. Kalau anda kawan saya kat whatsApp, anda klik profile saya, dan boleh tengok bila last saya online. Memang kadang-kadang satu hari, saya online satu kali je. Saya online guna wifi. Dan saya tak selalu on wifi di handphone saya, jimat battery. 😀 Kadang saya naik hairan camana ada orang boleh update status facebook sampai 6, 7, 8 kali new update. Saya langsung tidak. Wow, hebatnya, punya banyak masa lapang untuk online. Tapi saya ambil keputusan hari ni untuk restore balik blog personal saya ni. Macam facebook juga, kalau kita delete, kita ada masa untuk restore balik dalam tempoh masa yang diberikan. Saya harap anda tak boring baca blog saya ni. Saya dah start blog ni sejak tahun 2007. Itu bermakna, dah 10 tahun dah blog ni wujud. Pheww.... sayang pulak yang saya pernah tulis entri tutorial sebelum ni, kongsi ilmu ciput yang saya tahu. Saya pun ambil keputusan untuk tidak delete blog ni. Kalau takde entri pun, saya akan biarkan saja. Saya juga rasa pelik kenapa iklan nuffnang dah tak keluar kat blog. Hari ni saya cuba masuk nuffnang dan saya dapat screen ni....


Apakah maksudnya tu? Cer korang try masuk, boleh ke idok?
***updated - masalah selesai. Lepas saya clear cookies, dah boleh buka nuffnang 😃
Tu ler salah satu sebab kenapa saya delete blog. Sebab iklan tak keluar dah kat blog saya. Huhuhu... apa punya sebab ntah... dah takde entri baru, blog tak aktif, dah tentu lah takde publisher nak letak iklan kat blog saya, ye tak? Entahlah... saya lupa kenapa saya buat blog ni mula-mula dulu. Bukan untuk meraih keuntungan. Blog ni adalah hubungan saya dengan dunia luar. Sebab saya housewife, ini adalah salah satu cara saya interaksi dengan orang lain di luar. Yang tu saya lupa. 
So, sekarang, saya akan cuba tulis entri seminggu sekali paling kurang. Walau pun saya terpaksa korbankan masa tidor saya. Waaaa... apedaaa... semangat, semangat! 
Baiklah, saya wish good fortune and happiness untuk diri saya sendiri dan anda semua yang sudi baca blog saya ni. 😁 Jumpa lagi..

Sunday, August 06, 2017

Jamuan Raya


Syawal dah berlalu, tapi masih dok cerita pasal raya lagi. 😀

Masa minggu terakhir Syawal tu, ada jamuan raya di ofis husband. Jamuannya pada waktu malam, hari sekolah. Hafizan dah tidor. Jadi kami pi berempat je.

Alamak, gambar gelap. Suamiku, saya dan Sulaiman.
Kata berempat, tapi gambar bertiga je. Amirul tak suka bergambar, seperti biasa, dia melarikan diri. Gambar sedikit gelap. Maap ye. Jamuan tu outdoor, open air.
Saya takde ambil gambar makanan langsung. Bertuah betul. Masa sampai lepas Maghrib, perut dah keroncong. Jadi, lepas ucapan bos apa semua, terus serang!! 😄

Ada kambing golek, hidangan steamboat, selain lauk raya seperti lemang, rendang, nasi himpit, lontong dan sebagainnya.
Sedap, Alhamdulillah….

Sulaiman dan mama

 Semangat tak Sulaiman? Mama pun sama naik 'semangat' juga. Bila nak kurus ni... 😆

Lepas makan, ada sesi anak-anak terima duit raya dan karaoke.
Dapat jumpa dengan isteri-isteri staf yang lain, yang hanya dapat jumpa masa join family day. Bila pukul 10 malam je, Sulaiman ajak balik.
Alhamdulillah, masih merasa dapat pergi jamuan dan erat silaturrahim sesama kita.

Sekarang dah pun masuk bulan Ogos. Cepat saja masa tu, kan. 
Selain tu, saya juga ada terima tempahan dari customer, Alhamdulillah. Lama dah saya tak transfer gambar ke pattern cross stitch, sebab komputer saya rosak sebelum ni.

 
  Jika ada pembaca blog ni yang berminat untuk tahu lebih lanjut macamana nak jahit cross stitch muka gambar sendiri macam ni, boleh la klik ke Blogshop Yati ya. 

Semoga hari anda semua ceria, dan sihat-sihat selalu. 
Jumpa lagi.

Monday, July 17, 2017

Crocheted Small Rug



23 Syawal 1438H. 

 
Mula-mula dah gambar hamper. Hehe…. Husband saya yang dapat. Dia bila bertugas di hari raya je, dapatlah hamper sebijik. Alhamdulillah…

Saya kan, sekarang tengah mengait projek yang besar. Blanket atau sofa throw. Tengok la nanti, kejadiannya camana. Jadi, kalau buat projek besar, saya mesti ada projek selingan. Tadaaa…

 
Alas kaki crochet. Dah banyak kali dah buat ni. Saya jual dan ambil tempahan alas kaki ni. Satu harga RM10, tidak termasuk kos pos. 😁

Hari Isnin minggu lepas, saya ada appointment doctor. Routine check-up, setiap 3 bulan sekali, kena ambil darah dan jumpa doctor. Darah diambil untuk check hormone T4, TSH, Calcium dan Albumin. Semua ok, kecuali calcium saya rendah. Aiyak! Saya makan ubat ikut dos yang diarahkan. Cuma doctor 3 bulan lepas tukar ubat calcium tu dari Calcium Lactate 300mg ke Calcium Carbonate 500mg, sebab masa tu, result calcium atas border dah. Baru ni punya result, dah jadi low. Hohoho… musykil saya tau, sebab saya makan ubat ikut dos yang diberi. So, doctor tukar balik ubat calcium tu jadi yang asal semula ke Calcium Lactate 300mg, dan kita tengok lagi 3 bulan lagi camana. Doktor juga advise supaya saya stop makan apa-apa supplement, sebab dia memang akan kacau ubat tiroid. Baiklah. Saya currently minum liquid chlorophyll. Tapi dah lama dah saya minum liquid chlorophyll ni, result darah sebelum-sebelum ni ok je. Tapi buat masa sekarang, saya akan stop dulu. Kadang saya musykil juga, adakah sebab saya kuat minum Nescafe, sebabkan penyerapan calcium oleh badan tu kurang? Saya google, banyak yang cakap kalau setakat 1-2 cup of coffee tu, tak apa. Hmmm… lepas ni kena banyak amalkan pemakanan yang sihat dan bersenam juga, kata doctor. Bersenam tu ada. Saya akan cuba minum susu. Hehe… Tapi saya ok je, takde rasa kebas mana-mana walaupun calcium saya rendah. Takpe la tu, kita usaha! 💪🏃

Baiklah, sampai sini saja dulu. Semoga kawan-kawan semua sihat-sihat dan bahagia selalu ya! Take care, jumpa lagi.

Monday, July 03, 2017

Selamat Hari Raya! ^_^



9 Syawal. Macamana raya kawan-kawan semua? Bestnya tengok korang, pergi beraya bersama keluarga, jumpa saudara-mara, tok nenek, ayah bonda, balik kampung. Suami saya kena kerja, jadi kami tak balik kampung kat Kelantan tahun ni.

Saya sambut pagi raya 4 beranak je. Saya dan ketiga-tiga anak. Suami kerja pagi raya. Tapi dia balik petang raya. Hehe… nasib baiklah kan. Tapi masa first raya je dia ada gap, hari-hari seterusnya dia kerja double shif, jadi… paham-paham je la. Dia balik pun macam dia takde, sebab dia tidor je.

Nama pun hari raya. Jadi, mestilah masak rendang! Gambar bawah ni adalah bekal untuk suami saya di pagi raya.



Atas dari kiri ialah rendang ayam, nasi beriani dan acar.
Bawah ialah nasi putih dan daging goreng kunyit dengan kacang panjang.

Mungkin ada di kalangan kawan-kawan yang baca blog ni musykil, saya takde mak bapak ke? Orang kalau laki kerja, mesti awal-awal dah balik kampung, ke rumah orang tua. Bagi pembaca yang tak tahu, mak saya dah takde, meninggal tahun 2012. Dah 5 tahun pun ma pergi. Raya rasa sunyi dan tak lengkap tanpa mak, tau. Tapi jadi ibu ni kita kena kuat dan buat bodoh je. Janganlah ditangisi orang yang dah takde, kerana anak-anak kita berhak untuk beraya, untuk merasa kemeriahan raya, kerana mereka berpuasa sebulan, maka dia orang berhak untuk meraikan kemenangan! Sementara bapa saya pula telah mendirikan rumahtangga lain sejak 3 tahun yang lepas, dan dia sambut raya dengan family baru dia ler, di rumah dia.

Oleh sebab raya pertama je suami saya punya masa lapang sikit di waktu petang, jadi kami terus berkunjung ke rumah bapa saya, di Teluk Intan. Lumut ke Teluk Intan lebih kurang sejam juga.

Dari kiri belakang Amirul, suamiku dan Sulaiman. Depan, Hafizan, saya dan bapak saya.


Kita orang ok je. Saya tak pernah pun membantah bila bapa saya nak kawin lain dulu. Dia pun berhak untuk hidup gembira. Siapalah kita ni sebagai anak untuk menghalang. Kalau bapa kita happy, kita pun tumpang happy untuk dia. Mak tiri saya baik. Adik-beradik tiri saya pun semua baik-baik belaka.

Semalam adalah hari terakhir saya puasa enam. Alhamdulillah, selamat dah settle. Saya rasa, raya tahun ni lebih bermakna banding tahun-tahun lepas. Walaupun kakak-kakak saya tak balik beraya. Tapi dia orang dah balik time bulan puasa, jadi ok ler. Sebenarnya, terletak kat diri kita je. Kalau kita pilih untuk happy, maka kita pun happy ler, walau pun tak cukup sana-sini. Allah dah atur hidup kita cukup cantik dah. Mesti ada hikmah di sebalik sesuatu. Jangan compare keadaan kita dengan orang lain, buat rasa stress je. Journey kita semua pun tak sama, kan.

Selamat hari raya kepada kawan-kawan semua yang baca blog ni. Maaf zahir batin kalau ada tulisan saya selama ini yang menyinggung perasaan anda. Salam sayang dari saya… raya sebulan, hati-hati bila memandu untuk beraya ya! Jumpa lagi. ^_^

Wednesday, June 14, 2017

Post Total Thyroidectomy

19 Ramadhan. Lama gila kan, saya tak update blog ni. Setengah tahun dah. Ini adalah post pertama tahun 2017! Hahaha... adoiii... computer saya rosak sebenarnya. Lepas tu tak hantar repair-repair pun. Cuma baru-baru ni je dapat hantar ke kedai. 

     Saya tak adalah jadi gila ke, meroyan ke apa, sebab saya masih dapat online di facebook, instagram dan twitter, guna telefon. Cuma kadang-kadang tangan ni rasa rindu gila nak menaip guna keyboard, nak update blog.😀

      Jadi, apa yang berlaku pada saya selama setengah tahun saya senyap ni? Saya selamat operate tiroid. Sihat sejahtera, Alhamdulillah. Hidup seperti biasa, macam orang normal yang lain, walaupun tanpa kalenjar tiroid. Ha ah, saya jalani total thyroidectomy. Maknanya, kedua-dua kalenjar tiroid saya dibuang, bukan sebelah saja. Bermakna, sampai ke akhir hayat saya on medication. Takpe lah tu, saya bersyukur kerana saya masih boleh jalankan tanggungjawap saya sebagai isteri dan ibu dengan sihat dan kuat. 

    Kalau sebelum operate dulu, saya boleh dengar dengan jelas jantung saya berdegup kencang sepanjang masa, ibarat jantung tu duduk kat tepi telinga, tapi selepas operation, rasa jantung tu dah pindah balik masuk dalam dada. Tak boleh dengar dah.😀

     Duduk kat hospital masa tu adalah satu kenangan yang manis pada saya. Sebab saya tak pernah masuk hospital kerajaan. Masa beranak dulu lain cerita, sebab kat swasta je. Tipulah kalau saya kata saya tak takut. Potong leher tu. Huhu... tapi doktor-doktor kita pakar belaka, nurse-nurse pun baik-baik. Saya jumpa orang yang baik-baik masa kat hospital. Orang yang saya tak kenal, tolong saya masa saya kurang upaya waktu tu. Pertolongan kecil-kecil saja, contohnya, tolong tarik langsir tutup katil saya masa saya kena salin baju operate, tolong buka penutup tray makan, tolong bawa tong sampah dekat pada katil, dan lain-lain, tapi benda tu saya akan kenang sampai akhir hayat saya.  

    
Ni saya, 2 bulan selepas operate. Dah lari dah. 😁

Kueh raya siput dan semperit di atas saya buat masa cuti sekolah 2 minggu tu, dibantu oleh suami dan Hafizan. Update terkini selepas sahur pagi tadi, siput dah tinggal 2 setengah balang, manakala semperit tinggal 3 balang. 😁

Ok la buat masa ni. Rasa seronok dapat tulis balik kat blog ni. Tak sabar nak baca cerita baru kawan-kawan semua. Selamat berpuasa ya...