Monday, November 13, 2017

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2017

Pada hari Ahad lepas, bersamaan 12 November 2017, telah berlangsungnya Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah. Buat pertama kalinya saya masuk larian ni! Yay! Daftar sejak bulan Julai lagi. Suami saya pun ambil cuti. Kita orang duduk homestay kat Kuala Kangsar. Saya je lari. Husband dan anak-anak standby kat homestay, sebab laluan larian tu depan rumah je.
Sepatutnya saya dan kedua orang kakak saya lari sekali. Tapi kakak tengah saya tak dapat join. Jadi, saya lari dengan kakak sulung saya je la. Tapi dia jauh ke depan, maklumlah dia dah pro. Saya level siput lagi. Pace 9. Hehe...
Gambar di bawah masa run baru start, dilepaskan oleh DYMM Sultan Nazrin. Nak jugak ambil gambar dengan dia, walaupun orang ramai waktu ni. 

Heee... masa lalu depan dia, dia senyum la. Sukanya! Tak pernah saya sedekat ni dengan raja dan permaisuri perak. ^_^
Saya ada pacer. Thank you to abang coach. Kenalan kakak saya juga. Sepanjang perjalanan larian ini, ada je benda kat tepi jalan, ada group orang main kompang, anak-anak sekolah beri sokongan tepi jalan, ada makcik berzanji, ada band main muzik, ada kueh, ada water station banyak, ada station ayor nyor (air kelapa daaa...), air panas (teh), makcik kat bendang mancing ikan, banyak la benda menarik sepanjang larian. Pemandangan pun cantik-cantik belaka. Tu sebab ramai runners seluruh malaysia join larian ni. Yuran dia murah!

Ni saya dengan anak-anak sekolah yang beri sokongan.

Dekat bendang sawah padi ni la ramai orang selfie. Bukannya nak lari laju sangat pun. Nak enjoy run dan pemandangan. Sebab bukan boleh tengok tiap-tiap hari pemandangan macam ni. Ada kabus kat bukit bukau kat belakang. Nyamannya suasana. Saya rasa seronok sangat dan damai di hati. Tak rasa letih pun. Sebab saya memang looking forward masuk lari ni. Kat tempat saya, memang jarang ada event lari. Ni pun join kat Kuala Kangsar. Cuaca pun Alhamdulillah, sangat baik, mendung dan tak panas sangat.


Ni kakak saya selfie dengan Amirul, Sulaiman dan suami saya. Lagi sorang anak dalam rumah. Ni la homestay kami duduk 2 hari 1 malam, RM100 je. Gambar saya lari depan rumah takde, dalam telefon Amirul. Dia tak transfer kat saya lagi, dia sekolah waktu saya tulis entri ni. Dok mintak dengan dia dari semalam. Masa lari depan rumah ni dah km ke 10 dah.

Kakak sulung saya dan saya. ^_^
Yay! Selamat sudah. Saya suka sangat! Banyak freebies dapat!


Dapat backpack, medal dan finisher t-shirt. Tahun lepas kakak saya kata, takde finisher t-shirt ni. 
Syukur saya kehadrat Allah kerana beri saya nikmat berlari. Walaupun badan saya belum sampai berat yang saya idamkan. Takpa, kita semua work-in-progress. Berubah ke arah kebaikan sedikit demi sedikit. 

Sebelum bertolak balik Lumut, sempat lagi singgah tengok Victoria Bridge.

Sulaiman dengan mama
Siapa tengok cerita Cinta 11 Syarat tak lama dulu? Yang Aqasha dan Bella Dally tu. Sini la dia shoot. Hehehe...


Oh, lupa nak cerita. Result larian saya adalah seperti berikut:


Secara keseluruhan, saya dapat nombor 2059 daripada 3046 orang yang berjaya tamatkan larian. Cut-off time bagi jarak 15km adalah 4 jam.
Bagi kategori Women Veteran (35 tahun ke atas), saya dapat nombor 304 dari 496 orang.
Dari segi jantina, saya dapat nombor 526 dari 1040 perempuan yang tamatkan larian.
Yay! Satu accomplishment bagi saya.
Saya tamat lari 15 km dalam masa 2 jam, 33 minit, 26 saat.

Ni pulak dari app Nike Run Plus, dalam telefon saya. Tengok pace saya, tak laju pun. Duration larian tu lari sikit, tak sama dengan masa dari timing chip pada bib race tu. Alhamdulillah, tak ada semput, tak ada cramp kaki ke, sihat sejahtera sepanjang lari.

Sekian cerita lari saya. 
Harap anda semua sihat dan ceria-ceria selalu.
Jumpa lagi ye. ^_^

Wednesday, November 08, 2017

Knitted owl

Dulu-dulu, saya ada kait burung hantu ni. Tapi dah dibeli orang. Jadi, saya ingat, saya nak kait satu la, masuk ready stock.


Saya guna 3 benang minlon sekaligus kait. Biar tebal.


Lepas cantum 2 bahagian badan dan telinga, masa untuk sumbat fiber banyak-banyak, sampai gemuk. 😁


Bahagian mata dan hidung, saya guna kain felt.
Siap!


Jemput singgah blogshop saya ya, kalau berminat nak tahu saiz dan harga burung hantu ni.



Cuaca kat sini hari-hari mendung dan hujan. Kain baju tak kering letak kat luar, kena sidai dalam rumah baru kering. Tidur pun kena pakai selimut, sejuk!
Semoga banjir di Pulau Pinang dan Kedah surut segera. Macamana keadaan cuaca kat tempat korang?

Saya stop sini dulu. Jumpa lagi ye.. ^_^

Tuesday, October 24, 2017

Dilema lari dan crocheted heart keychain

Semalam masa saya sedang joging, ada satu kereta, berhenti tepi saya. Pemandu kereta, seorang perempuan, ada anak-anak kecil duduk sebelah dia, dan di tempat duduk belakang. 

Dia cakap,"Kak, tak payahlah pergi kak, depan tu. Turun jambatan tu je, ada anjing besar. Tadi dia kejar kereta saya".

Saya senyum, angguk kat dia, sambil angkat tangan cakap terima kasih, bagitahu saya.

Dia pun senyum pada saya, dan berlalu pergi.

Saya pun patah balik rumah, tak pergi joging pun. Saya naik kereta, pergi kedai runcit, beli barang dapur nak masak. 

Saya bersyukur kerana walau pun ada sesetengah pihak tidak bertanggungjawap yang bela anjing ni, yang biarkan anjing mereka mengganggu orang, melepaskan anjing mereka keluar rumah untuk buang najis merata-rata, masih ada orang prihatin dan ambil berat macam perempuan saya cerita tadi. Saya doakan perempuan tu ceria dan bahagia hidupnya dunia akhirat. Aminn...

Saya juga faham sekarang kenapa saya ada jumpa beberapa orang bawa kayu mop keluar joging. 

Sebab saya tak pernah kena dengan anjing ni. (Alhamdulillah, terima kasih ya Allah). Dulu ada, dulu-dulu, pernah ada anjing 'teman' saya joging. Kalau nak baca cerita lama ni, boleh refer sini. Tapi anjing dulu tu cuma anjing nak kawan. Kali ni, semakin aggresif nampaknya anjing kat kawasan rumah saya ni, dah start kejar orang. Wahhh... Inilah yang menyerabutkan fikiran saya setiap kali saya nak keluar joging. Kemana kan ku bawa hala tuju kaki ku ini? Satu tempat selamat ni currently tengah tutup, sedang dinaiktaraf. Satu lagi tempat boleh lari, jauh pulak. 
Haiii... entahlah...

Minggu lepas saya ada buat projek kecil, keychain bentuk hati.


Asyik buat projek besar je, santai-santai buat projek kecil pulak. 😁 Tak adalah banyak sangat buat pun, dah saya masukkan dalam kedai online saya. Kalau nak tahu ukurannya, jemput singgah ya.

https://yatiandstitch.blogspot.my/

Tu je buat kali ni. Jumpa lagi... ^_^

Tuesday, October 10, 2017

Shell Stitch Bag

Satu hari, kawan saya tu, Melur, share link bag kait kat wall facebook saya. Boleh tahan ramai yang like. Aik, saya tak tau pulak ramai orang suka bag kait corak macam kulit kerang ni. Saya memang tak pernah buat. Tapi, saya cuba la ye, ada yang menyokong tu, tambah semangat dibuatnya.

Saya kait guna benang tempatan. Saya cari juga pattern online, memang ada banyak pattern shell bag, tapi tak ada yang bahagian bawah tu seperti yang saya nak. Bag ni ada base dia. Jadi, saya gunakan idea lebih kurang macam kait bakul juga. Bila bahagian base dia dah menjadi, baru naik jadi dinding.

Ni masa mula naik jadi dinding
Makin meninggi

Boleh tahan sakit jari juga la, sebab saya guna 2 benang kait sekaligus. 

Bertambah tinggi. Sedikit demi sedikit

Apa taknya, speed ala-ala siput. Buat waktu free je. 


Haa.. agak-agak aje lah. Duduk depan cermin, try konon bawak bag ni. Rasa-rasa dah cukup tinggi, tibalah masa nak attach handle bag.

Dah attach handle.

Sana sini juga mencari handle bag yang sesuai. Ada beli online, jenis kulit punya. Tapi rasanya, yang jenis ni lagi sesuai dengan bag yang saya tengah kait tu. Handle bag beli di daiso. D-Ring tu saya beli kat kedai barang jahit kat rumah saya je.


Gitulah rupanya bila dah siap. Macam kulit kerang kan.


Gambar dari sudut lain pulak. 😀


Saya jahit zip. Zip ini saya beli dari May May Shop. Ada kawan suggest beli situ. Ye, situ barang supply aksesori bag harga paling berpatutan, banding kedai-kedai online lain yang saya sempat survey.


Bahagian dalam bag, saya jahit lining guna kain cotton. Ada poket simple. 
Saya guna teknik lain masa saya jahit lining bag ni, tak seperti cara saya buat bag-bag kait saya yang lepas-lepas. Caranya lebih leceh la, tapi saya rasa, rupa dia lebih kemas la, banding hasil saya buat dulu-dulu. 


Yay! Ambil masa lebih kurang 2 minggu untuk siapkan bag ni. Jika kawan-kawan berminat untuk beli, sila singgah ke blogshop saya, kat sana saya ada cerita saiz dan harga dia ye.


https://yatiandstitch.blogspot.my/


Sekarang ni dah hujung-hujung sesi sekolah ni kan, Sulaiman hari tu, kena habiskan latihan buku aktiviti dia. Subjek Arab pulak tu. Buat homework kena duduk sebelah kita. Bertuah punya anak. Nasib ada google translate. Hehe..
Baiklah. Jumpa lagi ye. Terima kasih sudi singgah blog saya ni yang jarang di-update. Semoga hari anda semua ceria, sihat sejahtera, rezeki murah dan benda-benda yang baik-baik datang dalam hidup anda. Aminnn...